Followers

Sunday, May 27, 2012

Dulu susahnya nak buang air, sekarang dah 2 kali sehari! Amboi!

Dia lahir hari Rabu agaknya... cilok kat fb dia..
Aku call customer aku yang seorang ini. Saja nak bertanyakan jamu-jamu yang dipesannya sudah sampaikah? Customer aku ni sibuk sangat ke sana-sini kerjanya sampai kadang lambat membalas mesej aku di facebook mahu pun di handphone. Panggilan aku tak berjawab pun. "Tengah meeting agaknya", fikir aku..

Tiba-tiba handphone aku berbunyi dengan tertera nama pemanggilnya 'Withheld'.

Ooooo... maaflah, aku tak berapa nak angkat panggilan telefon tanpa nombor begini.

Kemudian masuk pula mesej di handphone aku "Kak Liza! Saya call tadi no privacy!".

Maka dia pun call aku lagi sekali, kali ni angkat le..

Katanya kitaran haidnya tak berapa stabil bulan ni, mungkin sebab terputus sekejap stok jamu dari aku. Dia lupa nak order dan aku pula tidak mengingatkan. Masing-masing sibuk le sangat.

Darah haidnya sekejap ada sekejap tidak dalam sehari dua. Bila aku tanya "sebelum makan jamu ni, period memang tak teratur ke?". Nak tahu juga apa beza dengan selepas dia mencubanya lepas beberapa bulan.

Sebelum dia makan jamu ni, kitaran haidnya memang tak menentu. Lebih lagi dah beberapa kali juga dia keguguran. Bila kitaran haid tak menentu, nak mengira waktu subur pun susah juga. Emosi pun jadi tak stabil bila kadang kita dah mandi wajib selepas haid, tetapi terpaksa pula diulang bila rupanya ada lagi darah yang tak habis.

Dia ambil jamu Sihat Wanita, jamu Herba Angin dan jamu Serapat. Baca khasiat-khasiat jamu-jamu ni di SINI dengan lebih terperinci.

Perubahan positif yang dialaminya setelah mengamalkan jamu-jamu ini ialah proses buang air besarnya teratur di waktu pagi dan malam, ini tentunya kesan dari jamu Sihat Wanita. Tiada lagi kitaran haid yang tersekat-sekat yang sekejap ada, sekejap tak ada. Badan pun rasa cergas dek kerana kerjanya yang sekejap pergi ke Utara, sekejap ke Selatan. Perlu banyak bergerak. Insyaallah! Kesan dari jamu Sihat Wanita ini juga boleh mengurangkan berat badan dengan pengambilan berterusan. Jika kitaran haid biasa tak teratur, bolehlah makan bermula selepas hari ke-3 sewaktu datang haid. Jika dah ok, ambillah selepas darah haid kering.

Suaminya menegur kerana dia kerap buang angin sekarang. Berbeza benar dulu yang susah sangat nak kentut dan buang air besar. Mujarab juga penangan jamu Herba Angin untuknya. Lenguh-lenguh kaki pun dah tak ada.

Jamu Serapat jangan diambil sewaktu datang haid. Elok makan bila dah habis waktu haidnya dah kering. Katanya keputihan pun dah tak ada. Elok sangat untuknya yang pernah keguguran. Dapat memulihkan luka-luka dalaman dengan cepat.

Syukurlah jamu-jamu ini sesuai dengannya. Moga Allah kurniakan rezeki untuknya mendapat zuriat sendiri suatu hari nanti. Sekarang pun kasihnya tertumpah pada anak angkatnya yang comel. Aminnn..

No comments: