Followers

Wednesday, March 20, 2013

Jangan ambil kesempatan

Oiitttt... jangan nak ambil kesempatan pulak ye!

Amboiii... masuk majalah lagi Kak T ni. Kali ni dalam majalah MINGGUAN WANITA keluaran 15 Mac 2013.

Tengah selak-selak helaian majalah MINGGUAN WANITA tu di Riani Spa tu tiba-tiba ternampaklah aku gambar ni.

Sebelum tu memang dok terfikir juga kat otak aku ni "tak de ke Kak T masuk majalah ni pulak?".

Selalu masuk majalah MIDI, RAPI.... macam tau-tau je! Ini link gambar-gambar Kak T yang semakin glamour.

http://adzrienshoppe.blogspot.com/2013/02/dating-dengan-tokey-jamu-twarisan-anggun.html

Siapa Kak T ni? Dialah pengasas jamu T.Warisan Anggun, jamu yang aku jual dalam blog ni!

Wednesday, February 13, 2013

Dating dengan tokey Jamu T.Warisan Anggun..

Hari Jumaat lepas aku berjumpa dengan Kak T, pengasas Jamu T.Warisan Anggun. Kalau berjumpa dengan Kak T memang wajiblah makan dan bergambar. Kami berjumpa di tempat biasa, restoran Bangi Kopitiam di Bandar Baru Bangi.

Aku sampai terlewat sikit dalam pukul 6.20 petang dengan ditemani oleh 2 orang je anak aku ; Azri, 11 tahun dan Arif, 4 tahun. Kak T dah siap order roti kaya dengan sandwic tuna.


"Ishhh... gambaq ni macam nak jual handbaglah pulok!", rungut Kak T. Tapi selamba je lah aku upload jugak. Orang tak nampak beg tu Kak T oiiii... orang nampak hangpa yang comel sokmo tu!


Haa... handbag Kak T taruk tepilah tapi 'handbag' aku pulak dah yang dok berlari nak interframe sama... kacau daunlah Arif ni.

Memang tiap-tiap tahun aku jumpa dia kat sini. Semakin meningkat usianya yang lahir pada 1969, aku tengok semakin anggun pulak. Bermakna dah 44 tahun pun usianya. Cantik nombor tu Kak T... he..he.. Aku pun dah masuk usia 40. Tapi macam Kak T pulak lagi muda daripada aku dari dalam gambar ni.

Jika dulu Kak T hanya model sambilan di Allafia Butik di Kuala Terengganu tetapi sekarang makin glamour masuk majalah pulak. Macam-macam majalah pulak tu seperti majalah MIDI, RAPI, PA&MA... Bayangkan ye usia Kak T dah 44 tahun tapi mampu bersaing dengan model-model usia 20-an.

ALLafia Butik

Masa jadi juri pencarian model tudung Fareeda di Shah Alam tahun 2012

Ooo... minum jus epal untuk slim ye Kak T

Dalam majalah Fareeda













Kemain lagi bergayanya... tokey jamu T.Warisan Anggun yang cantik. Kalau berjalan dengan anak lelaki sulungnya dah macam pak we makwe je.. orang tak perasan anak dengan mak.

Waahhh... Kak T dan Mawar yang menjadi model tetap Fareeda. Macam adik-beradik tak?

Bersama juru mekap peribadinya, Eqien Yusof dengan sentuhannya yang sentiasa gojes!



Jangan tak tau yang Kak T ni kuat makan. Segala benda dia nak makan. Lepas makannya pun kejap je dah habis. Macam tu jugalah kalau dia buat kerja rumah pun laju. Tak suka nak berlemah-lembut sangat. Padan dah dengan mulutnya yang laju bercerita itu ini...ramah sangat. Tapi yang aku paling tabik... kalau memasak apa pun, kak T memang hebat. Siapa nak rasa hasil masakannya, intai-intailah dia di Terengganu tu. Add fb dia kat SINI.

Hobi fanatiknya tentulah suka bergambar. Kat dapur pun jadi aje...


Menjaga kecantikan dalaman dan luaran penting untuk sentiasa menambat hati suami tercinta. Apatah lagi dengan budi bahasanya yang sentiasa mendapatkan izin dan sokongan suami dalam segala hal. Pandai memasak pulak tu... memang perut suami terikat.. he..he.. Rumah memang sentiasa cantik dan kemas. Tak perlu nak upah designer pun bagi cantik hiasan dalam rumahnya. Dia sendiri boleh buat!

Ada satu tips ni mungkin rakan-rakan terdekat je tahu tentang Kak T ni kot. Dia suka susun pelbagai jenis botol minyak wangi di kepala katil di bilik utama rumahnya. Senang nak capai katanya sebelum tidur. Romantisnyaa...!

Apa pun aku mengenali Kak T sebagai seorang yang sangat teliti tentang kebersihan, kekemasan, kesihatan dan kecantikan. Bukan hanya tentang dirinya sendiri tetapi apa jua yang dipakainya seperti baju, tudung, kasut dan sebagainya. Termasuklah tempat tinggalnya yang sentiasa bersih dan kemas. Semuanya dilakukan sendiri tanpa ada pembantu rumah.

Malah jamu yang dibuatnya pun dibuat sendiri di rumah dengan penuh berhemat, teliti dan penuh perasaan kasih sayang. Jangan gelak ye...he..he.. Kak T memang macam tu perangai dia. Nak buat jamu pun nak kena sertakan doa-doa dari ayat-ayat Al-Quran juga. Ikhtiar katanya. Itu yang nenek dan bondanya ajarkan padanya sebagai anak sulung. Ada juga suami dan anak-anak yang sekali-sekala membantu.

Itulah Kak T yang gigih memasarkan jamu-jamunya. Jika dulu hanya dijual di kalangan rakan-rakan terdekat tetapi sejak dia mengenali aku pada tahun 2009, aku mula mempromosi jamu-jamunya di blog ini dan juga facebook. Mula jual secara on-line! Siapa yang nak order... boleh intai jamu-jamu di SINI dan emailkan ke adzrienshoppe@gmail.com.

Friday, September 21, 2012

Ok je!!!


Dah 3 kali rasanya dia order jamu T.Warisan Anggun dari aku melalui email. Tapi belum sempat aku bertanyakan mengapa dia mengulang ordernya dengan aku. Biasanya dia mengambil jamu Serapat dan jamu Sihat Wanita yang cukup untuk sebulan makan.

Hinggalah kali ke-3 ordernya aku pun bertanya :

"ada perubahan positif ke dari makan jamu order yg kelmarin?
alhamdulillah, jika ada yg negatif pun boleh kongsi2 dgn saya juga."

Jawapan darinya :

"Alhamdulillah....badan saya rasa ok je lepas makan jamu....proses buang air besar pun senang...insyaAllah saya akan continue makan...terima kasih"

Ok yang bagaimana aku kurang pasti. Tapi rasanya rata-rata yang mengamalkan memakan jamu ini akan rasa badan lebih cergas dan segar. Bila proses pembuangan air besar teratur, tidaklah kita terusan menyimpan toksin mahu pun lemak di dalam badan.

Bila lagi nak mencuba... boleh intai-intai jamu-jamu tu di SINI.