Nak ke mana ye, kena tengok bajet juga. Semua kos kena ambil kira supaya tak terlebih guna drp yang dirancang. Apa yang patut kita buat? Perancangan pun kena buat ikut kemampuan. Jangan sampai bercuti sakan sampai hutang lupa nak bayar.
Sebaik-baiknya perancangan dibuat 6 bulan sebelum nak pergi bercuti. Bukan apa, sekurang-kurangnya kita dapat menyediakan belanja yang cukup untuk percutian tanpa mengusik sedikit pun wang keperluan seharian kita nanti. Dan yang paling penting, kita tidak mengganggu wang yang perlu digunakan untuk membayar perkara2 yang wajib seperti pembiayaan rumah, kereta, insuran, kad kredit dan perbelanjaan tetap bulanan. Simpanan untuk percutian boleh dikumpul setiap bulan secara tetap. Ini dpt mengurangkan tekanan jika tiba2 mengeluarkan wang dlm amaun yg banyak bila tiba hari bercuti.
Taman Tasik Taiping
Senaraikan anggaran perbelanjaan seperti sewa penginapan, makan & minum, pengangkutan, tol dan sebagainya. Dapatkan info tempat yang ingin dilawati melalui internet, telefon, akhbar atau mungkin ada rakan2 yg telah pergi supaya kita rasa berbaloi nak bawa ahli keluarga kita ke sana.
Bukit Merah
Jika perlu, bawa juga bekalan makanan yang kering seperti serunding, biskut dan air mineral. Aku sangat senang membawa bahan2 mentah cukup untuk sekali atau dua kali masak jika menyewa apartment yang mempunyai dapur & peti sejuk. Sebab itulah pentingnya dapatkan informasi tempat penginapan terlebih dahulu.
Bawa jumlah pakaian & keperluan yang sesuai & secukupnya supaya tidak terlebih belanja seperti membeli barang yg terpaksa dibeli kerana kehabisan atau tiada. Lainlah kalau perbenjaan itu sudah termasuk dalam bajet kita.
SELAMAT BERCUTI ~ Jom ayah! Kita jalan2...adik dah ready ni!
No comments:
Post a Comment