COTTON JEPUN, COTTON PARIS, COTTON ROSELLA, COTTON POLINO, SEMI SUTERA, SATIN SUTERA dan PARASUIT
COTTON POLINO
Antara kain cotton bermutu tinggi yang sering digunakan untuk membuat telekung di Malaysia. Agak tebal dan berat sedikit. Namun ia sedikit licin dan sejuk. Putih bersulam sering menjadi pilihan bagi mereka yang ingin pergi mengerjakan ibadah umrah atau haji.
COTTON JEPUN
Ia kain yang paling berkualiti, lembut dan agak ringan. Sangat selesa dan sejuk. Rekaannya sulamannya halus dan esklusif di sekeliling telekung.
COTTON PARIS
Ianya sangat halus dan ringan. Sulaman di sekeliling telekung selalunya berwarna-warni. Agak berkedut namun sejuk dan selesa dipakai.
COTTON ROSELLA
Lembut, licin dan ringan. Cantik dihiasi sulaman bunga berwarna-warni. Paling banyak digunakan untuk pembuatan telekung masa kini kerana materialnya yang selesa dan tidak berkedut.
SEMI SUTERA
Lembut, licin, ringan dan kelihatan agak berkilat. Cantik dihiasi sulaman bunga berwarna-warni. Sejuk dan selesa dipakai.
PARASUIT
Kainnya licin dan sangat ringan. Agak jarang dan mudah dibawa ke mana-mana kerana jimat ruang apabila dilipat.
Klik Telekung untuk melihat koleksi telekung di blog ini dengan harga yang sangat murah berbanding pasaran di luar sana *(^_^)*
No comments:
Post a Comment