Followers

Friday, April 16, 2010

Jaga Tudung Cantik

Tudung nak cantik tapi malas nak jaga betul2...saya dulu mcm tu le.
Especially bila nak basuh, letak aje dlm mesin basuh.
Haa....awning dah lenyek. Adoiii...jenuh le sterika bagi straight.
Mana yg ada batu2 cantik tu tertanggal...haaaa..amik kau. Malas lagi!

Itulah pantang larang nak jaga tudung.
JANGAN BASUH GUNA MESIN.
Akibat2nya seperti diatas...awning lenyek, batu cantik hilang (silap2 terkoyak),
tudung boleh mengecut dan yang paling tak tahan..sedihnya. Aduhai tudung aku!

Basuh
Rendam dlm air sabun (sikit je sabunnya)..tak yah lama.
Lepas tu bilas le. Perah kain tudungnya, jgn perah awning lak.
Jemur kat ampaian..kalau jemur kat tempat berangin & redup lagi elok.
Kain tak cepat rosak sebab panas sekarang melampau.


Lipat
Lipat kiri kanan tudung, gulung dan masukkan dalam awningnya.

Simpan

Elok simpan dalam laci. Kalau gantung, takut awningnya penyek dek baju2 yang lain.

Nak bagi wangi & elak lipas, letak le daun pandan dlm laci tu.

Amalkanlahh...

No comments: