Sibuknya wanita sekarang bekerja dari pagi sampai ke malam sampai tak sempat nak jaga diri sendiri. Dalam sibuk2 pun kenalah jaga penampilan juga, kesihatan yang paling penting. Kalau tak sihat, macam mana nak jaga orang lain.
1) Jaga makan. Jangan redah aje. Lebihkan sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman berkafien, minuman ringan dan makanan ringan.
2) Minum banyak air mineral. Air tu kan penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan juga. Bayangkan pokok yang lama tak disiram, layu aje.
3) Supplement atau makanan tambahan. Bukan makan bertambah! Makan supplement yang sesuai dan amat digalakkan untuk wanita 30-an. Akibat sibuk, pemakanan tidak seimbang, jadi pengambilan supplement dapat membantu.
4) Rajin2lah pakai pelembab muka. Apabila umur mencecah 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Tidak semestinya mahal, tapi sesuai dengan kulit muka masing2. Lebih elok jika rajin sapu losyen pada tangan & kaki.
5) Bila make-up, jangan le tebal sangat atau bibir merah menyala. Garangnya dan nampak lebih tua pula. Sederhana je, cantik juga. Pastikan cuci make-up sebelum tidur.
6) Yang ini ramai nak elak. Bersenam untuk kecergasan diri, 3 kali seminggu atau senaman ringan selepas bangun tidur.
7) Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, bersangka baik dan memaafkan sesama insan. Redha dan berfikiran positif. Jangan lupa senyum.
No comments:
Post a Comment