Followers

Wednesday, December 21, 2011

Badan rasa lebih ringan, tidaklah macam dulu dia rasa malas aje!

Pagi ini saja je aku SMS regular customer jamu T.Warisan Anggun di Kuantan. Bertanyakan apa rasanya setelah makan jamu ni. Dia mula makan sejak awal Ogos 2011 dan tak pernah miss order setiap bulan. Tapi tak ada pula dia ceritakan pada aku apa yang bagus dan yang tidaknya. Yang pasti tentulah ada kesan yang baik kerana sejak itu dia akan selalu SMS aku minta stok baru. Bermakna sudah 5 kali aku poskan jamu-jamu T.Warisan Anggun ini ke rumahnya di Kuantan.

Jamu Sihat Wanita dan jamu Serapat adalah yang wajib baginya setiap bulan. Sekali-sekala di tambahnya jamu Herba Angin yang dikongsi pula dengan suaminya.

Aku hanya bertanya "Dah lama makan ni apa rasa sekarang? Apa yang positif atau negatifnya?". Inilah jawapannya yang aku terima :


Aku taip balik balasan SMSnya "ok la makan jamu ni liza sebab tu saya continue. Kurang letih, banyak la kelebihan lain especially kat bahagian perempuan".

Nak aku terjemahkan? Bolehlah sikit kot ikut apa yang aku faham.

Dia pernah cuba jamu-jamu lain tapi kurang berkesan. Kalau ada yang serasi pun, harga nak beli setiap bulan pula yang tak serasi..he..he.. mahal le maksudnya. Sejak makan jamu T.Warisan Anggun ni, dia rasa lebih bertenaga. Dia selalu juga berkursus ke sana-sini. Maklumlah seorang guru memang banyak berjalan ke sana sini. Letihnya kalau nak ke kelas di sekolah yang dua tingkat tu kan.

Kelebihan yang dia terasa kelainannya juga hubungan intim suami isteri yang lebih baik. Maknanya bertambahlah erat hubungan kasih sayang.

Ada lagi smsnya yang mengatakan berat badannya tidaklah bertambah lagi tapi tak perasan pula dah susut ke tidak. Belum timbang lagi katanya. Tapi badan rasa lebih ringan, tidaklah macam dulu dia rasa malas aje. Sering keletihan akibat travel ke sana-sini dan pantang cuti dia memang ambil peluang tidur saja.

Semuanya berubah sejak dia amalkan jamu ni ; kurang rasa nak tidur siang hari, demam pun dah tak kerap macam dulu dan sakit-sakit urat pun beransur pulih.

Aku tumpang gembira mendengarnya kerana dia juga seusia dengan aku, 38 tahun. Ada kerja, suami dan anak-anak yang perlu diuruskan. Bila badan sihat dan cergas, urusan kita juga lancar dan hubungan baik sesama insan sekeliling kita juga harmoni. Syukur! Rangkaian jamu T.Warisan Anggun ini serasi dengannya.

Nota :
- Klik Jamu T.Warisan Anggun untuk melihat 4 jenis jamu yang ada serta khasiatnya.
- Klik Testimoni untuk membaca pengalaman mereka yang lain.

No comments: