Followers

Tuesday, December 20, 2011

Period datang semula selepas 2 tahun

Gambar pengasas jamu T.Warisan Anggun, cilok dari SINI

Masalah kesihatan dalaman wanita ni macam-macam. Bila tak kena kat kita rasa macam pelik pun ada. Cuma janganlah ada bunyi-bunyi nak mengata pulakkan. Lain orang kadang tu lain juga gaya sakitnya.

Customer ni aku kenal melalui facebook. Kebetulan tinggal dekat dengan taman perumahan aku juga. Mulanya aku sangka teman lama semasa kerja dulu sebab namanya sama, rupanya orang lain. Tak mengapalah dia dah add, maka aku terima masa tu. Dapat juga chatting hal-hal sekolah anak dengannya.

Dia bertanya tentang jamu T.Warisan Anggun yang selalu aku promote di wall facebook aku pada Julai 2011 lalu. Bila mengetahui rumahnya dekat aje, aku terus saja ke rumahnya untuk beri penjelasan yang lebih lagi.

Rupanya sejak anaknya yang kedua lahir, sudah 2 tahun dia tak datang period (PMS). Anaknya itu sudah pun berusia 3 tahun. Biasanya yang selalu aku dengar ada orang tak period selepas bersalin kerana menyusukan anak. Tidaklah semua begitu sebab aku sendiri pun selalunya period selepas 3 bulan bersalin walaupun menyusukan anak.

Apa yang aku faham, kalau dah tak period ni susahlah nak hamil jika memang itu keinginannya. Takkan menopause pulak ye. Muda lagi tu, baru 33 tahun. Tua aku 5 tahun lagi daripada dia.

Aku cuma cadangkan dia makan jamu Sihat Wanita dan jamu Serapat ikut aturan yang biasa. Katanya nak jamu Herba Angin juga. Nak kongsi dengan suami juga jamu Herba Angin tu. Selepas makan dia tak pula call aku menceritakan keberkesanannya.

Bulan berikutnya kali kedua dia order lagi dan macam biasa aku terus hantar sendiri ke rumahnya.

Barulah dia mula bercerita tentang periodnya yang datang semula selepas 2 tahun tanpa period. Bermakna serasilah dia dengan jamu T.Warisan Anggun ni. Setiap bulan aku akan ke rumahnya menghantar set jamu untuknya, hanya 2 botol Jamu Sihat Wanita, 1 botol jamu Serapat dan 1 botol jamu Herba Angin.

Lebih bertenaga katanya bila amalkan makan jamu-jamu ni. Tumpang gembira aku mendengarnya.

Aku tidak memaksa untuk orang suka dengan jamu ini. Jika serasi dan badan terasa sihat bila mencubanya dalam sebulan hingga 3 bulan, boleh teruskan. Jika tidak, mungkin kena mencuba jenis atau jenama lain yang serasi. Ikut kesesuaian badan masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh ajukan di facebook Adzrienshoppe Mgt atau email ke adzrienshoppe@gmail.com. Jangan lupa 'like' page Adzrien Shoppe.

No comments: